A-Life Link-i MENGIKUT
PERUBAHAN DALAM KEHIDUPAN
Lengkapi
diri dengan pelan perlindungan dan pelaburan fleksibel yang boleh diubah mengikut
perubahan dalam kehidupan anda..A-LifeLink-I membantu anda untuk mengemudi
ketidakpastian dalam hidup dengan menyediakan perlindungan Takaful ke atas
kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal. A-Life Link-i
turut
memberi anda pilihan untuk meningkatkan perlindungan dengan rangkaian
faedah-faedah tambahan bagi memenuhi keperluan-keperluan anda yang berbeza di
pelbagai peringkat hidup. Lebih-lebih lagi, pelan ini boleh membantu anda
untuk
mengumpul dan menjana kekayaan anda mengikut jangka masa yang tertentu. A-LifeLink-i
juga meningkatkan perlindungan anda secara automatik
tanpa kos
tambahan melalui Bonus Ulang Tahun!
Perlindungan dan Simpanan dalam Satu Pelan
• A-Life Link-I
matang pada umur 100 tahun.
•
Menyediakan perlindungan ke atas kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal
(HUMK)
•
Pelbagai pilihan rider-rider dan Dana-dana Berkaitan Pelaburan ditawarkan untuk
memenuhi
keperluan perlindungan dan simpanan anda.
Fleksibiliti dalam Perlindungan dan Simpanan
• Caruman
yang mampu dibayar serendah RM150 sebulan.
•
Fleksibiliti untuk mempelbagaikan perlindungan mengikut keperluan-keperluan
peringkat
hidup anda.
•
Fleksibiliti untuk meningkatkan jumlah simpanan apabila anda mempunyai wang
lebih
atau
mengeluarkan simpanan bila anda memerlukannya.
•
Fleksibiliti untuk menukar dana-dana menurut tahap toleransi risiko anda.
Perlindungan Tambahan melalui Bonus Ulang Tahun
• Jumlah
dilindungi anda akan meningkat sebanyak 1% dari jumlah dilindungi asal,bermula
dari awal tahun ke-2 sijil sehingga mencapai 120% dari jumlah dilindungi asal.
• Jumlah
dilindungi bagi rider pilihan penyakit kritikal seperti A-Plus CriticalCare-I akan
meningkat dengan jumlah yang sama dengan peningkatan pelan ini. Dengan syarat rider
penyakit kritikal hendaklah dilampirkan pada permulaan sijil.
• Tiada
kos tambahan akan dikenakan ke atas peningkatan jumlah dilindungi di bawah Bonus
Ulang Tahun.
Penyelesaian Kewangan yang Patuh Syariah
•
Memenuhi kehendak anda untuk perlindungan yang patuh Syariah.
•
Memenuhi matlamat kewangan anda
dengan
instrumen-instrumen pelaburan Islam.
Perlindungan Terjamin 5 Tahun
• Pelan
ini akan terus berkuatkuasa dalam tempoh 5 tahun pertama sijil walaupun nilai
akaun dana anda tidak mencukupi untuk
membayar Tabarru’ dan Caj Perkhidmatan Bulanan.
0 comments:
Post a Comment